Saturday, June 29, 2013

Loka Jangan Pergi

Sentuhan malam
Mengimbas kembali
Setiap kali
Kau muncul di hati
Takkan lah aku
Pasrah di kalbu
Menahan kegelisahan

[*] Jangan pergi
Pergi jauh
Jauh dariku
Kalau umur masih panjang
Jangan kau pergi
Jangan
Suntuknya waktu
Mengetuk diriku
Menahannya semua
Baru aku sedar
Takkan lah aku
Pasrah di kalbu
Menahan kegelisahan
Repeat [*]
Jangan pergi
Pergi jauh
Jauh dariku
Kalau umur masih panjang
Jangan kau pergi
Jangan pergi
Pergi jauh
Jauh dariku
Kalau umur masih panjang
Jangan kau pergi
Jangan

Friday, June 28, 2013

HYPER ACT - HANYA AKU

Bersama janji kau sentuh rasa percaya
Hangat dinginmu mengundang rindu kecewa
Hanya aku dihuni sepi rasa kasihmu

[*] Hanya ku yang mencari
Rembulan masih ada
Mungkin seketika
Walau ku bahagia mengejar bayanganmu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu
Hanya aku

Apakah mungkin berulang janji setia
Apa kan kekal ataupun menyambut duka
Dan dirimu di janji Sang Sempurna
Dan kecewa kini dipulih rasa kasihmu

Repeat [*]

Dihuni rasa rindu
Hanya ku yang mencari
Rembulan masih ada
Mungkin seketika
Walau ku bahagia mengejar bayanganmu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu
Hanya aku

Dingin rasa kasihmu
Bagai bintang bersemi
Rindu janji bicara
Kekal selamanya
Walau sekadar mimpi
Tak pernah ku peduli
Selamanya kan ku pasti merindui dirimu
Hanya aku – Loka

Tuesday, June 18, 2013

Mat rempit berhati mulia..

Mat rempit berhati mulia..

saya bukan MAT REMPIT, tapi kenderaan yang saya ada adalah MOTOR, kenapa panggil saya sebagai MAT REMPIT? Hina sangat ke MAT REMPIT? Saya ada satu CERITA benar yang berlaku di depan mata saya, ketika saya ontheway balik ke kampong halaman di waktu hujan saya terserempak dengan seorang pakcik dan makcik, tersandai di tepi jalan dalam keadaan basah lencun, tiba2 hati terbayang wajah ayah dan mak saya, saya berhenti dekat pakcik tu dan bertanya kenapa pakcik? Pakcik tu menjawab dalam keadaan kesejukan, pakcik cakap dekat saya (nak tayar motor pakcik bocor,pakcik nak pergi changloon UUM tgk anak pakcik takdak apa yang pakcik buleh buat hanya sekadar berdoa pakcik takdak handfone ) bila saya mendengar kata2 pakcik tadi saya betul2 tersentuh dengan pergorban seorang ayah kepada anak nya,
Ketika itu saya tiada apa yang buleh saya tolong, tiba2 datang sekumpulan MAT REMPIT dalam keadaan basah lencun berhenti dan bagi salam. Tanya kenapa BERHENTI tengah2 hujan, saya memberitahu kepada MAT REMPIT2 tu tayar motor pakcik bocor, terus seorang daripada mereka turun pada MOTOR berjabat tangan SALAM dengan pakcik tu, lalu MEMBERI bantuan kepada pakcik tu sewaktu hujan makin lebat, dalam keadaan semua yang ada di situ kesejukan, salah seorang daripada mereka bersungguh2 membuka tayar MOTOR pakcik tu, kereta lalu hanya sekadar tekan HON, bas lalu sekadar bagi lampu, bila semua da setle saya menghulurkan duit kepada MAT REMPIT2 tu, dengan slamber mereka bercakap tak payah bagi duit kami TOLONG ikHLAS saya terkejut dengan kata2 daripada mereka, mulia sungguh hati MEREKA memberi bantuan dalam keadaan hujan tanpa mengharap balasan,
SOALANNYA SIAPAKAH MATREMPIT? HiNA KAH MEREKA? Selepas berberapa minit mereka berjabat tangan salam dengan saya dan pak cik tadi, pakcik tu tadah tangan berdoa syukur kepada yang maha esa kerana memberi seribu satu kenangan bersama MATREMPIT yang berhati MULIA,memberi bantuan di waktu susah,

Apa perasaan anda jika pakcik tadi ayah dan ibu anda - share dari seorang sahabat RR




contoh//