Anda mengalami masalah berdengkur ketika tidur? Mungkin anda tidak perasan. Ibubapa, pasangan ataupun rakan anda mungkin sedar akan gejala itu pada diri anda.

Usah khuatir, gejala sebegini bukanlah satu masalah yang besar ataupun tidak boleh dirawat.
Antara punca utama berdengkur adalah disebabkan oleh tugas seharian anda yang terlalu berat.

Berikut merupakan beberapa tips sederhana untuk anda yang cuba untuk mengatasi masalah berdengkur.

1. Jangan kerja terlalu berat.

2. Bersihkan saluran nafas terutama rongga hidung dan mulut sebelum tidur.

3. Tidak merokok atau mengambil alkohol serta elak daripada makan makanan yang mengandungi lemak kerana ia akan menyebabkan jus gastrik naik ke saluran pernafasan.

4. Kurangkan berat badan.

5. Tidur dengan posisi mengiring dan pastikan kedudukan kepala lebih tinggi. Alaskan kepala dengan bantal atau tangan untuk melancarkan saluran pernafasan.

6. Pastikan anda tidak mengalami selsema, hidung tersumbat atau sebagainya.

7. Mandi menggunakan air suam.

8. Penambahan garam dalam air mandian merupakan salah satu cara untuk mengatasi masalah hidung tersumbat.

9. Tukar bantal anda! Alergi dan debu dari bantal sebahagian punca berdengkur.

10. Minum banyak air. Anda mungkin mengalami dehidrasi ketika tidur.


Sumber: Republika Online